Alat Copywriting All-in-One Yang Pertama Seumpamanya Di Malaysia

Cuba sendiri pakai alat ini di bawah untuk lihat keberkesanan alat ini!

Ada yang dapat lebih daripada 6 angka jualan sebulan menggunakan tool-tool di website ini.

Tool apa ni? Tool buat iklan. Lebih tepat: tool buat ayat iklan.

Di sini ada template copywriting, ada headline generator, dan macam-macam lagi.

Tak kira anda industri apa pun... bayangkan kalau anda boleh 'curi' idea dari macam-macam industri... dan aplikasikannya dalam pemasaran anda. Ya. Saya bukan nak bagi anda akses kepada template dalam industri anda sahaja... Saya nak berikan anda akses kepada pelbagai jenis iklan dalam pelbagai jenis industri.

Cuba bayangkan kalau anda boleh gunakan idea daripada penjual insurans... dalam jual tudung? Atau jual baju?

'Curi' iklan jual kereta Proton X50, lepastu apply dalam jual... kasut?

Ini ialah perpustakaan untuk anda 'mencuri idea'. Dan juga untuk tengok apa yang boleh anda goreng berdasarkan industri anda sendiri.

Dengan tool ni, tulis ayat iklan yang laku keras dah semakin senang.

Saya pada awalnya cuba nak selesaikan masalah saya sendiri. Nak tulis iklan. Klien macam-macam jenis. Susahlah kalau takde alat untuk senangkan saya. Isi tempat kosong je.

Sampailah terbuat tool yang anda nampak ni.

Nak buat ayat iklan makin mudah. Nak cari idea makin senang. Bila ada idea yang betul, iklan cantik, audiens pun kena, laju je sales masuk.

Ini apa yang mereka kata bila gunakan tool ini. Ada yang lead makin rancak. Ada yang kurang kos per jualan sampai 50%.

Pelbagai emel dan mesej diterima mengenai tool ini. Ada yang engagement meningkat, ada yang sale meningkat... dan ada yang guna untuk dapatkan leads...

Memperkenalkan...

Tulis Ads Online: Alat Copywriting All-in-One Untuk Pemasaran Anda!

"Apa Ada dalam Alat Copywriting Tulis Ads Online Ni?"

  • Template Copywriting (lebih 180+ untuk anda gunakan, termasuk untuk promo puasa dan raya)
  • Headline Generator - isi sekali, berpuluh-puluh headlines tersedia untuk anda pilih... macam tu je.
  • Template Ayat: pilih ayat mengikut emosi... tak perlu fikir lagi apa yang nak diletakkan untuk bagi orang rasa sedih... gembira... atau lain2!

Ini tool copywriting pertama kalinya di Malaysia seperti ini.

Akses semuanya di dalam satu skrin. Headline. Template. Kamus. Semuanya di satu skrin.

Nak campur-campur template, headline atau ayat dah jadi senang sangat dengan Tulis Ads Online ni.

👇🏻 Cuba Sendiri Di Bawah Menggunakan Tulis Ads Online Ini 👇🏻

Kadang-kadang tak dapat nak 'feel' apa yang saya maksudkan dengan hanya cakap kan?

Anda boleh cuba sendiri kat bawah. Tak perlu daftar apa-apa.

Di bawah anda boleh mencuba headline generator, template ayat dan template copywriting.

Dan ini hanyalah sebahagian kecil tool yang ada di dalam members area Tulis Ads Online ini.

Cuba try tool ini sekarang!


Nampak betapa senangnya nak pakai tool ni?

Nak buat iklan... semua ayat yang anda nak pakai ada di hujung jari.

Sebagai ahli, anda boleh mengakses lebih banyak ciri-ciri dan templates dan bahan sokongan lain untuk memudahkan kerja copywriting anda atau tim anda.

Saya masih ingat lagi bila saya mula buat copywriting semasa saya di Tingkatan 4 (pada tahun 2006). Nak jual melalui ayat. Mana nak cari idea? Kalau saya ada tool macam ni... senang sikit nak cari idea.

Jadi meh saya ceritakan dengan lebih mendalam lagi komponen-komponen yang ada dalam Tulis Ads Online ni

#1 Template Copywritng

Nak tulis ayat dekat social media makin senang bila ada beratus-ratus template untuk anda guna ni.

Tekan je dropdown di bawah dan tengok template apa yang ada di sini. Dan ia akan ditambah daripada semasa ke semasa.

Ada yang takde? Jangan risau! Kita berikan satu borang untuk anda isi dalam laman ahli untuk kita besarkan lagi galeri template ini.

Kita juga ada template raya untuk promosi raya ini.

Template kita sentiasa tambah daripada semasa ke semasa supaya pembeli boleh dapat manfaat berterusan daripada tool ini.

#2 Headline Generator

Dapatkan headline semudah mengisi tempat kosong

Senang kan isi sekali berpuluh-puluh headline tersedia?

Kadang-kadang satu tak cukup... kita nak lagi banyak headline.

Apabila anda isi ruangan yang diberi, ada berpuluh-puluh headline tersedia untuk anda.

Pakai sahaja yang mana yang anda mahu.

#3 Kamus Perkataan

Prospek yang baca iklan anda mesti bosan kalau anda tak habis-habis cakap cantik, cantik dan cantik.

Apa perkataan yang membawa maksud kurus selain daripada perkataan kurus?

Lebih banyak cara anda cakap perkara yang sama, lebih senang mesej untuk sampai kepada prospek anda

Senang kan kalau ada banyak cara nak cakap benda yang sama? ;)

#4 Video Marketing Library Untuk Ilmu Marketing Advanced

Sekarang ni saya ada letak beberapa video di dalam perpustakaan marketing Tulis Ads ni.

Contohnya... anda akan pelajari bagaimana untuk 'test' audience cepat-cepat. Cara nak bakar duit cepat-cepat tengok audiens bagaimana dan move on.

Satu lagi video saya tunjukkan macam mana saya ambil template takde kaitan untuk buat iklan Proton X50.

Pendek cerita: anda bukan dapat template sahaja... Anda akan tahu pelbagai perkara yang menarik mengenai strategi dan taktik dalam pemasaran.

Setakat ini saya bercerita mengenai:

  • Video #1: Cara Untuk Cari Audiens Yang Tepat (Cepat-cepat)
  • Video #2: Cara Pakai Template Story-based (Contoh Guna Template)
  • Video #3: Funnel Marketing untuk Service
  • Video #4: Tentang Automated Rules

Video-video ini akan ditambah daripada semasa ke semasa sebagai nilai tambah untuk pelanggan sedia ada.

Ini manfaat tambahan lain: ada perpustakaan kecil di mana saya upload video daripada semasa ke semasa cara untuk buat marketing berkesan.

Latest trik yang saya gunakan untuk capai marketing automation. Lagi mudah untuk anda buat marketing dengan perkara ini.

Seronok Betul Rasa Bila Orang Gembira Pakai Tool Ini: Anda Boleh Gunakannya Untuk Projek Marketing Anda

Mesej dan emel kebanyakannya tanpa diminta pula tu. Dan paling penting: menguntungkan pengguna.Tool ini pun sebenarnya versi kedua daripada versi asal sebelum ini.

Kita kembangkan sikit demi sikit supaya orang suka dan pakai berkali-kali tool ini untuk projek marketing mereka

Harga Alat Copywriting Ini?

Harganya pula mudah kira. RM37 sebulan. Rasanya harga macam belanja saya makan dan minum di restoran. Cuma anda akan dapat tool yang boleh buat anda duit.

Tapi nak lagi untung? Boleh ambil yang RM97 setahun. Tahun depan baru fikir pasal nak renew subscription kepada tool ini. Jimat banyak juga.

Kalau rasa malas nak fikir pasal langganan ni, ha boleh je ambil yang lifetime. Kita buka yang special punya. RM197. Bayar sekali, tak payah fikir pasal nak renew. Yang ni limited. Siapa cepat dia dapat.

Untuk lifetime, kita akan naikkan kepada RM297 apabila 150 orang ambil pakej ini. Sekarang ada 73 95 orang yang ambil pada harga ini.

Sentiasa Dikemas Kini

Kalau yang datang sini beberapa kali mungkin perasan, website ni sendiri dah berubah. Tool copywriting TAO ni pun dah makin banyak.

Tool ini saya buat bukan sekali terus siap. Tapi saya akan meminta feedback daripada pembeli. Kemudian saya akan tambah baik daripada semasa ke semasa.

Template dulu ada 40 lebih sahaja, sekarang dah ada sampai 180 lebih templates.

Template raya pun ada! Yep... anda boleh gunakan untuk promo raya anda.

Beli Sekarang Dan Dapatkan Video PKP Masterplan!

Ini adalah video yang saya rekodkan khas untuk PKP ini. Di dalam video ini, anda akan mengetahui:

  • 3 kategori manusia semasa PKP ini. Tahu kategori ni, tahu nak susun macam mana ayat tu.
  • Apa yang anda JANGAN BUAT bila buat promo semasa PKP ini. Kalau buat, orang akan turn off dan bash di komen.
  • Kalau anda jual benda mahal, saya cerita target pasaran anda.
  • Kalau pasaran anda banyak kena potong gaji / dibuang kerja, ini produk yang sesuai untuk anda jual.
  • Satu benda WAJIB yang anda kena buat kalau nak pastikan pembaca terus membaca apa yang anda tulis sehingga hujung
  • Cara rangka tawaran anda: walaupun margin kecil! Dan kalau premium, ini cara "senang sangat" untuk naikkan nilai produk

Cara Nak Dapatkan Tool Ini

Untuk buat pembelian, hanya isi borang di bawah. Selepas anda mengisi borang di bawah, anda akan dibawa kepada payment gateway ToyyibPay. Selepas pembayaran anda akan dibawa ke skrin set password.

Setelah anda set password anda, anda boleh mengakses SEMUA tool yang ada di atas ini. Sesenang itu.

Nama
Emel
No Telefon
Pakej